Redeem MaryKay Products For FREE!

5 Cara Mengatasi Kulit Berminyak

Apa sebenarnya kulit berminyak?

Kulit berminyak (oily) ni adalah apabila penghasilan minyak secara berlebihan terjadi pada kulit kita. Akibatnya, kulit kita kelihatan berkilat dan berminyak.

Sebenarnya, penghasilan minyak pada muka adalah suatu perkara yang baik, dimana minyak ni akan memastikan kulit kita menjadi lembab dan tidak kering. Tapi, ia akan menjadi masalah apabila penghasilan minyak yang berlebihan sehinggakan boleh mendatangkan masalah yang lain pulak.

Terdapat beberapa cara natural yang boleh dilakukan untuk mengawal keadaan kulit yang berminyak.

1.Bersihkan muka secara rutin

Untuk pastikan muka sentiasa bersih, sekurang kurangnya, cuci muka 2 kali sehari, iaitu pagi dan malam sebelum tidur. Cuci muka menggunakan pencuci muka yang lembut dan tidak berbuih. Gosok muka dengan lembut selama 60 saat. Then lap muka dengan tuala muka yang bersih. Elakkan menggunakan tuala badan.

2. Guna pelembab

Kulit sensitive kebiasaanya kering dan menggelupas. Oleh sebabtu pelembab mesti menjadi salah satu kebiasaan selepas mencuci muka. Tapi orang berkulit sensitive kene lebih memilih dalam pemilihan pelembab muka. Pastikan product yang tidak mempunyai fragrance.

3. Gunakan sunscreen.

Walaupun stay indoor, jangan lupa untuk gunakan sunscreen dengan jumlah yang mencukupi dan nilai spf yang betul. Minimum spf yang seharusnya digunakan ialah spf30. Jangan lupa untuk reapply sunscreen setiap 2-3 jam seterusnya.

4. Gunakan clay mask

Clay mask dapat membantu menyerap excess oil yang dikeluarkan oleh muka kita. Pemakaian clay mask seminggu sekali dapat membantu kulit menjadi kurang berminyak. 

5. Exfoliation

Melakukan eksfoliasi secara rutin dapat membantu menghilangkan sel-sel kulit mati di wajah yang menyebabkan penyumbatan pori-pori. Dengan demikian, kita akan terhindar dari munculnya masalah jerawat. Selain itu, eksfoliasi juga dapat membantu mengecilkan ukuran pori-pori kulit wajah

Leave a Reply

Subscribe For Newsletter

Treat your inbox to the latest from Beauty Trends

Shopping cart

0

No products in the cart.