Redeem MaryKay Products For FREE!

Kulit Kering

Bayangkan epal yang kering and layu dibandingkan dengan epal yang segar and lembab. Banyak perbezaan kan?

Mcmtu lah kulit kita. Hal yang sama akan berlaku pada kulit kita ketika dehidrasi.. sebabtu banyak sangat ingredients yang di inovasi dalam product skincare untuk kekalkan hydration kulit kita, untuk elakkan perkara mcmni lah daripada berlaku. Tanpa kelembapan yang cukup, kulit kita akan menjadi semakin kering, dehydrate dan membuatkan kulit muka kita Nampak kusam.

Kulit kering juga menyebabkan muncul garis garis halus dan kedutan kelihatan lebih jelas.

Punca kulit kusam

1.Tahap kelembapan.

Kekurangan moisturizer, iklim kering, selalu mandi air panas dalam durasi yang panjang hingga udara dalam ruang semua dapat dikontribusi menyebabkan kulit kering.

2. Penuaan

menurun, penghasilan melanin semakin meningkat. Melanin ni lah yang akan menyebabkan warna kulit tidak sekata.

3. Kerosakan skin barrier

Kulit kusam juga boleh terjadi disebabkan kerosakan skin barrier. Keadaan ini akan menyebabkan lapisan atas kulit kita terganggu dan menyebabkan hilangnya kelembapan kulit muka kita.

Cara Mengatasi Kulit Kusam

1. Menggunakan hydrating cleanser yang lembut. Sebab sabun cuci muka yang kasar akan mengikis minyak semula jadi yang di hasilkan oleh kulit kita. Minyak yang berlebihan tak bangus, tapi kekurangan minyak pun akan menjadikan masalah. Sebab kulit akan jadi kering dan menyebabkan irritation. Jadi, carilah product yang mengandungi ceramide and clenser yang jenis tidak berbuih.

2. Menggunakan pelembab dapat membantu sel sel kulit kita untuk berfungsi dengan lebih optimum.

3. Exfoliation. exfoliation ni adalah untuk membersihkan permukaan kulit kita, untuk buang sel sel kulit mati, supaya sebarang products yang kita apply pada kulit dapat diserap dengan baik. tapi kena ingat bahawa exfoliation ni tak boleh buat dengan kerap, cukup lah seminggu sekali sahaja.

4. Guna product antioxidant seperti vitamin C and Niacinamide. antioxidant ni bukan sejenis bahan yang ada dalam skincare tau, tapi dia sifat bahan skincare tu. antioxidant ni ialah supporting character pada bahan dalam skincare untuk selesaikan masalah kulit. antioxidant dapat melindungi kulit daripada radiasi bebas, bertindak sebagai anti inflamasi dan lain lain.

5. Guna pelembab udara. Banyak sangat mesin pelembab udara yang dijual di pasaran. Antara kebaikan pelembab udara ni ialah dia akan mengeluarkan wap air dan menyebabkan udara di persekitaran rumah kita menjadi lebih humid.

5. Pakai serum yang secukupnya. Serum mempunyai tekstur nipis dan biasanya datang dalam bentuk cecair. Oleh kerana ia mempunyai molekul yang lebih kecil, kulit kita akan lebih senang nak serap serum ni kedalam kulit kita.

Leave a Reply

Subscribe For Newsletter

Treat your inbox to the latest from Beauty Trends

Shopping cart

0

No products in the cart.